git ssb

0+

k4ml / belajar-js



Tree: e2fe037657927c278481ff4f05517b5b8d4e208b

Files: e2fe037657927c278481ff4f05517b5b8d4e208b / _posts / 2015-03-01-di-sebalik-form.md

7830 bytesRaw

layout: post title: 'Di Sebalik Form' date: 2015-03-01 author: kamalmustafa permalink: /di-sebalik-form.html

level: 2

Sebagai web developer, anda sudah biasa dengan proses membina form, dan kemudian menghantar (submit) form tersebut untuk di proses di server, sama ada menggunakan platform server-side seperti PHP, Python, .Net, Rails dan sebagainya.

Tapi pernahkah anda terfikir, bagaimanakah data daripada form tersebut dihantar daripada client (browser) ke server ? Apakah format data tersebut ?

<!--more-->

Asas kepada web development adalah HTTP (Hypertext Transfer Protocol). Ia adalah protokol, atau satu bentuk piawai yang menetapkan bagaimanakah data daripada client
dihantar ke server. Yang bagusnya, protokol ini adalah berasaskan text, iaitu data dihantar dalam bentuk plain text, berbanding sesetengah protokol lain yang memerlukan data dihantar dalam bentuk binaries encoding.

Ini menjadikan HTTP tidak memerlukan sebarang peralatan (tools) khas jika kita ingin membina client atau server yang boleh 'bercakap' dalam 'bahasa' HTTP. Apa saja yang boleh menghantar dan menerima teks boleh digunakan.

<div class="admonition-warning">
Protokol baru HTTP/2 bagaimanapun berbeza dengan HTTP/1.1 yang digunakan sekarang kerana ia tidak lagi berasaskan teks, tetapi dalam bentuk binari. </div>
<div>&nbsp;</div>

Apakah contoh satu tools yang boleh menghantar teks dengan mudah ke server ? Telnet !

Ya, untuk menghantar dan menerima data melalui HTTP anda tidak perlu membina sebuah browser
seperti Firefox atau Google Chrome. Contoh, anda boleh meminta (request) resource daripada laman web Google menggunakan telnet seperti berikut:-

telnet www.google.com 80
Trying 173.194.120.114...
Connected to www.google.com.
Escape character is '^]'.
GET /
HTTP/1.0 302 Found
Location: http://www.google.com.my/?gws_rd=cr&ei=xc3yVKKzMYuXuAS18oGABg
Cache-Control: private
Content-Type: text/html; charset=UTF-8
Set-Cookie: PREF=ID=48850ef362af9ca3:FF=0:TM=1425198533:LM=1425198533:S=6i5_XBkARR8adf6f; expires=Tue, 28-Feb-2017 08:28:53 GMT; path=/; domain=.google.com
Set-Cookie: NID=67=e2bqYqDM8NNvzFh0-2DoYBMXsff90Meli0u3otU0yxtBELBn7WbS7zqPOYE1gf8ukH7qb08OtGS8RLf96ECSlQuCcoTnGcYPRyUGY_8OA3dFnUOLKM1EFsMbVYovs5hT; expires=Mon, 31-Aug-2015 08:28:53 GMT; path=/; domain=.google.com; HttpOnly
P3P: CP="This is not a P3P policy! See http://www.google.com/support/accounts/bin/answer.py?hl=en&answer=151657 for more info."
Date: Sun, 01 Mar 2015 08:28:53 GMT
Server: gws
Content-Length: 262
X-XSS-Protection: 1; mode=block
X-Frame-Options: SAMEORIGIN
Alternate-Protocol: 80:quic,p=0.08

<HTML><HEAD><meta http-equiv="content-type" content="text/html;charset=utf-8">
<TITLE>302 Moved</TITLE></HEAD><BODY>
<H1>302 Moved</H1>
The document has moved
<A HREF="http://www.google.com.my/?gws_rd=cr&amp;ei=xc3yVKKzMYuXuAS18oGABg">here</A>.
</BODY></HTML>
Connection closed by foreign host.

Dalam contoh di atas, setelah berjaya connect ke server Google pada port 80, kita menghantar request seperti berikut:-

GET /

Request di atas adalah sama dengan kita menaip di address bar browser http://173.194.120.114/. Teks seterusnya adalah response yang kita dapat daripada server Google. 302 adalah HTTP status daripada Google, manakala baris berikutnya merupakan headers yang menunjukkan url yang boleh kita capai seterusnya. Inilah yang dinamakan redirect dan HTTP client seperti browser akan redirect
kita ke url yang diberikan.

Menggunakan telnet sebagai HTTP client bagaimanapun agak terhad apa yang kita boleh lakukan. Dalam contoh di atas, selepas connect ke Google, saya hanya boleh taip sebaris GET / dan Google terus menghantar response. Saya tidak sempat untuk menghantar headers lain seperti HOST dan sebagainya. Satu lagi tools lain yang lebih fleksibel adalah nc. Saya ada menulis mengenai penggunaanya sebelum ini.

Berbalik kepada tajuk tulisan ini, mari kita lihat apakah data yang dihantar apabila kita submit form
pendaftaran di laman Facebook.com. Untuk melihat data yang dihantar, saya menggunakan kaedah yang paling simple, iaitu menukar bahagian <form action=...> form tersebut ke tempat lain.

<img src="http://i.imgur.com/QUF21Lj.png"></img>
<img src="http://i.imgur.com/rccFhbx.png"></img>

Dalam screenshot di atas, saya telah menukar <form action=...> form tersebut ke:-

http://localhost:4000/

Ini adalah kaedah paling simple. Cara lain untuk 'menangkap' data yang dihantar adalah dengan menggunakan perisian seperti Wireshark atau tcpdump. Saya lebih gemarkan cara ini kerana data yang kita dapat lebih raw dan tidak melalui sebarang bentuk processing. Ia betul-betul data yang diterima daripada browser pada socket di port 4000. Untuk menerima data tersebut, kita hanya perlu menggunakan perisian bernama netcat atau nc. Jalankan arahan berikut:-

nc -l 4000

Arahan diatas meminta nc listen pada port 4000, dan bersedia menerima sebarang data yang dihantar melalui port tersebut. Setelah kita submit form pendaftaran Facebook tadi, kita akan dapati teks dibawah dipaparkan pada konsol dimana nc tadi dijalankan.

Ya, inilah contoh data yang dihantar, apabila kita submit form pada satu-satu laman web, dalam contoh ini laman Facebook.com.

POST / HTTP/1.1
Host: localhost:4000
Connection: keep-alive
Content-Length: 1022
Cache-Control: max-age=0
Accept: text/html,application/xhtml+xml,application/xml;q=0.9,image/webp,*/*;q=0.8
Origin: https://www.facebook.com
User-Agent: Mozilla/5.0 (X11; Linux i686) AppleWebKit/537.36 (KHTML, like Gecko) Chrome/38.0.2125.111 Safari/537.36
Content-Type: application/x-www-form-urlencoded
Accept-Encoding: gzip,deflate
Accept-Language: en-US,en;q=0.8

lsd=AVpzsLKs&firstname=Kamal&lastname=Mustafa&reg_email__=kmkml%40yahoo.com&reg_email_confirmation__=kmkml%40yahoo.com&reg_passwd__=abc123&birthday_month=7&birthday_day=26&birthday_year=1991&sex=2&websubmit=&referrer=&asked_to_login=&terms=on&ab_test_data=&reg_instance=l_byVOe0tUkXB8lG29Dte0Zj&contactpoint_label=email_or_phone&locale=en_US&captcha_persist_data=AZlcaJSuaa-rSMdsK8CsS8tRNMgau9HFF2b33fK7a-ydHKi7emqwu3y-_E8fOuL3m3e5SDmXANKzSRspsF1O6ugJdZ_aCGJy0QHpi4JU0JpDypQIx2_WpbzT6OV1UhSetMP05to2mFtVK0hS50NWSbZ1BJYv_ygKP5tt1BRCEiUHyW9-hxLG-nrWUF7DBlyMeEiyDLdknXabXEtfdqMpToPOxvsb1qMymwv-9fibK9CHGGV1yD8bK3RlhSWVdsDk2Rl1V8d0-PkynVcXbT5GaJBDy-bBtctrMHHHTjzIIGATS5mKr7Dyu4qrDuUEYC3L7ipfExwoewlqrISKoTyoUhwsWhageWVrm5f7IcnRHyLeIg&captcha_session=CnTabJ0C4tNIiH63kxKnrw&extra_challenge_params=authp%3Dnonce.tt.time.new_audio_default%26psig%3DjAKLb4KI5WqB-zg_RE5QcLV8sss%26nonce%3DCnTabJ0C4tNIiH63kxKnrw%26tt%3DRXdPBAAUdMa1cxL9bQ0irk2F0lQ%26time%3D1425209003%26new_audio_default%3D1&recaptcha_type=password&captcha_response=

Di bahagian server-side, data di atas kemudian akan diproses ke dalam bentuk yang lebih mudah untuk developer gunakan. Contohnya dalam platform PHP, anda akan mendapat data di atas dalam bentuk $_GET atau $_POST.

Kita boleh meneruskan eksperimen ini untuk melihat situasi-situasi lain, contohnya apabila submit form menggunakan jQuery.AJAX contohnya tetapi saya akan berhenti disini terlebih dahulu.

Poin terpenting yang saya ingin rumuskan disini adalah apabila kita memahami bagaimana sesuatu teknologi itu berfungsi pada tahap yang paling asas, ia akan lebih membantu kita dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan teknologi tersebut.

Sentiasa ajukan persoalan kepada diri sendiri, bagaimana sesuatu benda itu berfungsi dan jalankan eksperimen untuk mendapatkan jawapannya.

Built with git-ssb-web