git ssb

0+

k4ml / belajar-js



Tree: 8237f9ca032f15f6d03813596867e55ddd2b094d

Files: 8237f9ca032f15f6d03813596867e55ddd2b094d / _drafts / client_side_vs_server_side.md

856 bytesRaw

layout: post

title: Client Side vs Server Side

Suatu sistem berasaskan web adalah komunikasi antara 2 pihak. Pelayar web yang kita panggil sebagai client dalam komunikasi tersebut (client side), manakala satu pihak lagi ialah server yang memproses data dan memulangkan maklumat (server side). Terdapat bahasa pengaturcaraan yang digunakan dikedua-dua pihak tersebut. Bagi yang baru berkecimpung dalam pembangunan web, ia kadangkala mengelirukan.

Bahasa yang digunakan pada client side biasanya ialah HTML, CSS, dan JavaScript. Manakala di server side kita ada pilihan yang sangat pelbagi, seperti PHP, Java, C#, Python, Ruby, Perl dan sebagainya. Pada pengamatan saya, khasnya dalam suatu sistem yang banyak menggunakan JavaScript, pengaturcara muda kadangkala keliru di side manakah kod aturcara itu dilarikan.

Built with git-ssb-web