Files: 4c4eb6d05a28e125b970b8102cd462dfd402a256 / about.md
layout: page
title: Mengenai Kami
<p class="message">
Maklumat di halaman ini belum dikemaskini sepenuhnya.
</p>
Tentang MyDev
MyDev adalah komuniti pembangun perisian dan web di Malaysia. Anda dijemput untuk menyertai kami dan menyumbang dalam perbincangan sekitar topik pembangunan perisian dan web, teknologi maklumat, kerjaya, dan sebagainya. Atau paling tidak boleh melepak dengan geng-geng sekepala :)
Sertai kami di MyDev Google+ Community
Tentang Laman Kolaborasi MyDev
Ini adalah satu inisiatif MyDev untuk memperkayakan sumber maklumat dalam Bahasa Melayu tentang pembangunan perisian dan web. Laman ini diinspirasikan dari laman html5rocks yang mana kandungannya adalah disumbangkan oleh orang ramai. Semua kandungan termasuk kod sumber untuk laman ini kami letakkan di dalam GitHub. Orang ramai boleh menambah atau mengubah artikel melalui perisian Git version control system.
Ingin Menyumbang?
Kami menjemput sumbangan artikel berkaitan pembangunan perisian dan web dari semua. Syaratnya cuma satu, artikel perlu di dalam Bahasa Melayu. Artikel boleh jadi hasil asli ataupun terjemahan artikel dari bahasa lain (sila hormati hakcipta jika ada). Anda juga digalakkan melakukan pembetulan untuk artikel sedia ada.
Anda perlu tahu menggunakan Markdown untuk menulis artikel. Anda juga perlu tahu bagaimana menggunakan Git dan melakukan pull request dalam GitHub. Kami menggunakan Pelican sebagai CMS, jadi mungkin anda perlu tahu serba sedikit mengenainya juga.
Secara umumnya, langkah untuk menyumbang adalah seperti berikut:
- Fork repository https://github.com/mydevcommunity/mydev.
- Lakukan proses menulis atau mengedit. Buat satu fail dalam folder
site\content
atau ubah fail sedia ada. Lihat artikel lain sebagai contoh atau rujuk panduan di sini. - Bila selesai, hantarkan satu pull request ke repository asal.
- Admin akan menilai pull request anda. Ia kemudiannya akan dipublish ke laman ini.
Untuk mengedit (proses 2. di atas), anda boleh git clone
ke komputer anda dan gunakan editor kegemaran anda. Anda juga boleh menggunakan fitur di dalam GitHub sendiri untuk mengedit. Selain itu anda boleh menggunakan online IDE seperti Cloud9.
Jika anda memerlukan editor WYSIWYG untuk Markdown, salah satu online editor yang boleh dicuba ialah Dillinger.io
Jika anda ingin membuat perubahan terhadap theme atau perkara lain yang bukan content. Anda mungkin perlu generate laman ini sendiri di komputer anda untuk memastikan semuanya baik sebelum melakukan pull request. Caranya ialah:
- Pastikan Python sudah diinstall. Dapatkan Python dari distribusi rasmi Python.org atau lain-lain seperti Portable Python.
- Larikan arahan ini pada terminal/command line:-
mkdir -p app-root && ln -s ../ app-root/repo
OPENSHIFT_HOMEDIR=. OPENSHIFT_DATA_DIR=.env .openshift/action_hooks/build
PORT=9090 IP=127.0.0.1 python server.py
- Anda boleh buka akses melalui browser http://127.0.0.1:9090/
Jika anda menggunakan Cloud9, arahan sama boleh dilarikan di terminal dalam workspace Cloud9 anda. Cloud9 sudah terbina dalam dengan Python dan Git.
Dengan menyumbang ke laman ini bermakna anda menerima untuk melesenkan artikel anda dibawah Creative Commons Attribution 4.0 License.
Kenapa Git dan GitHub?
Kami letakkan kandungan dan kod sumber laman ini di GitHub supaya jika ditakdirkan suatu hari nanti laman ini tidak dapat diteruskan, semua ilmu yang telah dikongsikan tidak terpendam begitu sahaja. Ia masih dapat diperolehi dari GitHub dan dari clone yang ada pada orang ramai, lalu masih dapat dimanfaatkan oleh semua.
Melalui pull request dalam GitHub juga boleh digunakan sebagai suatu sistem penilaian yang ad-hoc oleh admin untuk mengawal kualiti laman ini.
Lagi pula, pada yang orang-orang baru, melalui cara ini mereka dapat belajar teknik-teknik menggunakan distributed version control system dan berkolaborasi secara online.
Built with git-ssb-web