Files: 23c62560f4f1cd6075000b3130921bf2cedd2249 / about.md
layout: page
title: Mengenai Kami
<p class="message">
Maklumat di halaman ini belum dikemaskini sepenuhnya.
</p>
Tentang MyDev
MyDev adalah komuniti pembangun perisian dan web di Malaysia. Anda dijemput untuk menyertai kami dan menyumbang dalam perbincangan sekitar topik pembangunan perisian dan web, teknologi maklumat, kerjaya, dan sebagainya. Atau paling tidak boleh melepak dengan geng-geng sekepala :)
Sertai kami di MyDev Google+ Community
Tentang Laman Kolaborasi MyDev
Ini adalah satu inisiatif MyDev untuk memperkayakan sumber maklumat dalam Bahasa Melayu tentang pembangunan perisian dan web. Laman ini diinspirasikan dari laman html5rocks yang mana kandungannya adalah disumbangkan oleh orang ramai. Semua kandungan termasuk kod sumber untuk laman ini kami letakkan di dalam GitHub. Orang ramai boleh menambah atau mengubah artikel melalui perisian Git version control system.
Ingin Menyumbang?
Hantarkan artikel anda ke admin@mydev.my ATAU jika anda tahu github, boleh fork repo kami.
Kami menjemput sumbangan artikel berkaitan pembangunan perisian dan web dari semua. Syaratnya cuma satu, artikel perlu di dalam Bahasa Melayu. Artikel boleh jadi hasil asli ataupun terjemahan artikel dari bahasa lain (sila hormati hakcipta jika ada). Anda juga digalakkan melakukan pembetulan untuk artikel sedia ada.
Dengan menyumbang ke laman ini bermakna anda menerima untuk melesenkan artikel anda dibawah Creative Commons Attribution 4.0 License.
Kenapa Git dan GitHub?
Kami letakkan kandungan dan kod sumber laman ini di GitHub supaya jika ditakdirkan suatu hari nanti laman ini tidak dapat diteruskan, semua ilmu yang telah dikongsikan tidak terpendam begitu sahaja. Ia masih dapat diperolehi dari GitHub dan dari clone yang ada pada orang ramai, lalu masih dapat dimanfaatkan oleh semua.
Melalui pull request dalam GitHub juga boleh digunakan sebagai suatu sistem penilaian yang ad-hoc oleh admin untuk mengawal kualiti laman ini.
Lagi pula, pada yang orang-orang baru, melalui cara ini mereka dapat belajar teknik-teknik menggunakan distributed version control system dan berkolaborasi secara online.
Built with git-ssb-web